Budak empat tahun hilang jari akibat krim haram

Iklan
Pihak majlis memeriksa premis spa yang menjalankan rawatan kuku di perbandaran Chongqing di barat daya China.

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hilang jari telunjuk di tangan kiri selepas melakukan rawatan kulat pada kuku di sebuah spa.

China Consumer News melaporkan kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Lin dibawa bapanya ke spa Luozhendong Foot Massage Parlor di perbandaran Chongqing di barat daya China untuk merawat kuku jari telunjuk pada Julai lalu.

Iklan
Iklan

Spa tersebut mendakwa mempunyai ubat yang dikenali sebagai 'krim menanggalkan kuku' dan boleh mengubati jangkitan kulat di jari kanak-kanak itu.

Selepas bapa kanak-kanak itu bersetuju dengan rawatan tersebut, kakitangan spa merawatnya dengan menyapu krim sebelum membalutnya dengan pembalut elastik dan kos rawatan sebanyak 600 yuan (RM363).

Iklan

Dua hari kemudian, lelaki itu mendapati jari anaknya bertukar menjadi hitam.

Selepas itu, dia bergegas membawa ke hospital berhampiran dan doktor mengesahkan jari anaknya terkena jangkitan gangren atau tisu mati.

Iklan

Paling menyedihkan, doktor memberitahu hujung jari telunjuk itu juga terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan ke bahagian lain.

Susulan insiden itu, bapa Lin menuntut pampasan lebih daripada 200,000 yuan (RM121,123) daripada spa tersebut.

Pada masa sama, lelaki itu melaporkan kes kecuaian ini kepada majlis pengguna daerah.

Majlis mendapati 'krim menanggalkan kuku' tidak dilesenkan dan ia juga hanya mempunyai ciri pensterilan dan tidak dapat menyembuhkan jangkitan kulat.

Akibatnya, lesen spa itu digantung dan mereka digesa memberi pampasan kepada mangsa berjumlah 160,000 yuan (RM96,899). - Agensi