Pertimbang mekanisme kawalan harga telur ayam
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan disaran mempertimbangkan mekanisme kawalan harga telur ayam yang lebih fleksibel atau bersasar sebelum mengambil tindakan menamatkan subsidi bahan mentah itu sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), T Saravanan berkata, kawalan harga antara langkah alternatif untuk memastikan golongan miskin masih dapat beli pada harga murah, dalam masa sama pasaran dibenarkan berfungsi secara bebas bagi golongan yang mampu membeli dengan harga semasa.