Menoktahkan kemiskinan di Malaysia
Iklan
ADAKAH iltizam PMX untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara kita satu perkara yang mustahil untuk dicapai? Atau adakah usaha ini memerlukan sokongan semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang ingin dibantu?
Kalau negara sebesar negeri China dengan penduduknya mencecah 1.4 bilion orang mampu menoktahkan kemiskinan mutlak di negara mereka seperti yang diumumkan oleh Presiden Xi Jinping dalam bulan Februari 2021, tidak mustahil untuk Malaysia dengan hanya 34 juta orang untuk mencapainya dalam masa terdekat.