Kestabilan politik bolehkan kerajaan laksana anjakan, pulih ekonomi - PM

Iklan
Anwar meluangkan masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia pada majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 malam Rabu. Foto Bernama

VIENTIANE - Kestabilan politik yang dinikmati Malaysia ketika ini membolehkan kerajaan melaksanakan anjakan yang perlu untuk meningkatkan kesejahteraan dan memulihkan ekonomi negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau menghargai kesediaan pemimpin politik, penjawat awam serta pihak swasta yang sanggup menerima hakikat bahawa negara tidak mampu kekal pada tahap yang lama dan semua pihak perlu berubah.

Iklan
Iklan

"Orang bicara tentang anjakan tapi tak ramai yang faham dan cuba melaksanakan anjakan itu kerana jika tidak dilakukan perubahan yang lebih bermakna serta lebih lancar, kita akan kembali kepada keadaan yang muram dan lembab," katanya dalam ucapan ringkas ketika majlis ramah mesra bersama delegasi Malaysia di Laos malam ini.

Majlis makan malam itu dihoskan oleh Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud dan isterinya, Rashidah Mohd Rashid.

Iklan

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Anwar berkata kestabilan politik itu juga memberi ruang kepada kerajaan untuk memperbaiki tatakelola dalam memastikan pengurusan negara dapat dilakukan dengan sebaiknya.

"Kalau tanya saya, kita sudah ada kestabilan politik, kita gunakan itu untuk perbaiki tatakelola kerana tidak ada negara dengan kekayaan sebesar manapun yang mampu mengangkat martabat masyarakat, bangsa dan negara tanpa satu pengurusan yang amanah dan bertanggungjawab.

Iklan

"Sehubungan itu, kerajaan dapat memperkenal dasar-dasar yang jelas dalam perindustrian, digital, tenaga serta semikonduktor yang membolehkan orang-orang (pelabur) tahu dan ini meyakinkan mereka untuk datang (melabur) dan melihat sendiri adakah kita telah mencapai tahap kecekapan yang diharapkan.

"Setakat ini, ada perubahan ke arah itu... bagaimanapun, saya selalu sebut ada ruang untuk memperbaiki," katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk sentiasa bersemangat membawa perubahan bagi memperbaiki kekurangan yang ada.

AKAN MENYUSUL