MIC Perak umum barisan kepimpinan baharu

Iklan
Ramasamy

IPOH - MIC Perak tampil dengan barisan kepimpinan baharu bagi jawatankuasa sesi 2024 hingga 2027.

Ia susulan pelantikan Tan Sri M Ramasamy sebagai Pengerusi MIC Perak yang baharu menggantikan Datuk V Elango pada 10 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Ketua MIC Bahagian Taiping, M Veeran dilantik sebagai Timbalan Pengerusi negeri yang baharu manakala G Shanmugiavalloo yang merupakan Ketua MIC Bahagian Bukit Gantang pula diberi tanggungjawab sebagai setiausaha.

Veeran

Ramasamy berkata, ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan pemimpin akar umbi parti yang peka dengan nadi dan naluri masyarakat.

Iklan

Menurut beliau, pelantikan tersebut dibuat selepas berbincang dan mendapat mandat daripada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran seperti yang termaktub di dalam perlembagaan MIC.

"Mereka berkecimpung di dalam arena politik dengan ciri-ciri kepimpinan, komited untuk membawa perubahan positif terhadap hala tuju dan masa hadapan masyarakat India negeri Perak.

Iklan

"Saya yakin dan berjanji bahawa Jawatankuasa MIC Negeri Perak pimpinan saya akan menjana transformasi mampan dari segi politik dan juga pembangunan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Ramasamy berkata, MIC Perak akan menumpukan seluruh usaha dan strategi menawan kepercayaan serta sokongan masyarakat terhadap MIC dan Barisan Nasional.

Pada 10 Ogos lalu, media melaporkan Ramasamy yang juga Bendahari Agung MIC dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak menggantikan Elango bagi penggal 2024-2027.

Pengumuman serta penyerahan watikah pelantikan tersebut disempurnakan sendiri Vigneswaran ketika Konvensyen MIC Negeri Perak 2024.

Jawatankuasa MIC Negeri Perak bagi sesi 2024-2027:

Pengerusi: Tan Sri M Ramasamy

Timbalan Pengerusi: M Veeran (Taiping)

Setiausaha: G Shanmugiavalloo (Bukit Gantang)

Penolong Setiausaha: P Sukumaren (Ipoh Timur)

Bendahari: S Jayaganesh (Tambun)

Pegawai Penerangan: R Magendran (Gopeng)

Setiausaha Penyelaras: R Jayagopalan (Bagan Serai)

Pegawai Strategi: S Mokan (Batu Gajah)

Setiausaha Ekesekutif: S Chitra Devi (Ipoh Barat)