Zambry ucap takziah kepada tiga keluarga penuntut UiTM Dungun maut kemalangan

Iklan
Tiga pelajar maut ialah Khairil Anwar, Muhammad Akmal dan Ku Adib Aizad.

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menzahirkan ucapan takziah kepada tiga keluarga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pantai Sura, Kuala Terengganu pada Rabu.

Tiga pelajar terbabit ialah Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, Allahyarham Muhammad Akmal Md Tukirin dan Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi.

Iklan
Iklan
Zambry

"Mendapat perkhabaran duka, tiga orang pelajar UiTM Dungun yang terlibat dalam kemalangan lewat petang Rabu dan telah kembali ke rahmatullah.

"Semoga roh kesemua mereka dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Iklan

"Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menempuhi ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Difahamkan, dalam kemalangan 7.20 malam itu, empat penuntut yang menunggang dua motosikal, dirempuh SUV dipandu seorang wanita.

Iklan

Seorang lagi rakan mangsa yang parah ialah Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun.

Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah SUV jenis Honda CRV dan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.

Katanya, suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.