Liga Pro Saudi semakin kompetitif

Iklan
Mane

KEHADIRAN ramai pemain Senegal dalam Liga Pro Saudi memberi manfaat kepada pasukan negara itu berikutan tahap persaingan yang tinggi, kata penyerang Al-Nassr, Sadio Mane.

Pemenang dua kali pemain terbaik Afrika itu memulakan musim cemerlang bersama Al-Nassr dengan dua jaringan dan membuat lima bantuan gol dalam enam perlawanan beraksi bersama pemain hebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo.

Iklan
Iklan

"Kami semua berada dalam pasukan kebangsaan Senegal. Sudah tentu, kadang-kadang kami bercakap mengenai liga dan banyak lagi perkara lain.

"Ia adalah liga yang kompetitif, jadi semua pemain besar mahu datang, seperti Kalidou (Koulibaly), Habib (Diallo). Mereka semua pemain penting untuk pemilihan (pasukan kebangsaan), jadi hakikat bahawa mereka berada di sini juga bermanfaat untuk pasukan kebangsaan," kata Mane kepada Liga Pro Saudi.

Iklan

Mane juga masih rapat dengan pemain tengah Al-Ettifaq Georginio Wijnaldum, bekas rakan sepasukannya di Liverpool sebelum ini.

"Ginni adalah salah seorang kawan baik saya. Dan (dengan) Ginni, ia lebih daripada bola sepak kerana hubungan kami datang secara semula jadi," kata Mane.

Iklan

Pemenang Liga Juara-Juara dan Liga Perdana bersama Liverpool itu juga menyasarkan lebih banyak trofi bersama Al-Nassr.

"Ia akan menjadi lebih awal untuk bercakap tentang memenangi liga.

"Kami tahu apa objektif kami, ia adalah untuk menjadi juara. Objektif kami adalah untuk memenangi segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, Mane berkata taraf persaingan dalam liga Saudi telah meningkat.

"Setiap pasukan telah mengukuhkan tahap masing-masing. Ia adalah apa yang penyokong-penyokong bola sepak jangkakan, jadi ia bermanfaat untuk kejuaraan liga," katanya.