Visi baharu mengenai kesihatan

Iklan
Sokongan pemegang taruh amat dihargai MOSTI dan ASM bagi menjayakan PTKPN.

Pada tahun 2015, apabila dunia menerima pakai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), beberapa saintis terkemuka memperkenalkan konsep Kesihatan Bumi atau Planetary Health.

Menurut Lancet-Rockefeller Foundation Commission, Kesihatan Bumi merujuk kepada kesihatan tamadun manusia dan keadaan sistem semula jadi yang menjadi asas kepadanya dan ia mencetuskan satu visi baharu mengenai kesihatan.

Iklan
Iklan

Kita hidup dalam era Anthropocene di mana aktiviti manusia kini merosakkan sistem semula jadi planet secara ketara pada kadar yang membimbangkan.

Kesihatan Bumi menekankan keperluan mendesak bagi menangani kemerosotan ini kerana ia memberi kesan langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan semua kehidupan di bumi.

Iklan

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kesihatan Bumi berfungsi sebagai rangka kerja utama untuk mencapai SDG.

Ideanya mudah, jika kita menjaga planet ini, ia akan secara langsung menyokong dan mempercepatkan pembangunan mampan serta memenuhi matlamat persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Iklan

Malangnya, pada tahun 2023, enam daripada sembilan sempadan planet telah dilangkaui secara global.

Kita sedang merosakkan planet ini pada kadar kelajuan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Kita mempunyai sembilan sempadan planet dan jika kita mengekalkan keseimbangan serta integriti proses kritikal ini, kita boleh memastikan supaya planet ini kekal sejahtera untuk generasi masa hadapan.

Selain daripada cabaran ini, kita juga perlu menangani isu-isu seperti kehilangan biodiversiti, pencemaran, sisa plastik dan kesihatan. Kesannya amat besar jika kita tidak bertindak.

Bagi Malaysia sepanjang 15 tahun yang lalu, kos kebajikan akibat kematian disebabkan risiko berkaitan alam sekitar telah meningkat sebanyak 161 peratus (Sunway, 2024).

Bangunkan PTKPN

Pembabitan pemegang taruh amat penting bagi menjayakan PTKPN.


Sehubungan itu, Majlis Sains Negara telah bersetuju agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), melalui Akademi Sains Malaysia (ASM), dengan kerjasama agensi pusat dan kementerian berkaitan untuk membangunkan National Planetary Health Action Plan atau Pelan Tindakan Kesihatan Planet (Bumi) Negara (PTKPN).

Ia berpaksikan kemanusiaan, menggunakan STI, berlandaskan alam semula jadi dan diterapkan nilai.

PTKPN dipacu oleh visi Bumi Dipelihara, Rakyat Sihat, Malaysia Sejahtera.

Enam bidang keberhasilan utama telah dikenal pasti untuk pelan tindakan ini iaitu Alam Sekitar dan Kesihatan, Kemampanan Makanan, Penyelidikan dan Pendidikan, Peralihan Tenaga, Tadbir Urus, Nilai Murni, Anjakan Budaya, Perubahan Tingkah Laku dan Komunikasi.

Menerusi enam bidang keberhasilan utama itu, lima lonjakan sistemik kritikal perlu berlaku untuk membalikkan trend penurunan sempadan planet di Malaysia.

Lima lonjakan ini adalah

•Lonjakan 1: Memperkukuh sistem tadbir urus dan pengurusan khazanah alam semula jadi negara.

•Lonjakan 2: Mendorong rakyat ke arah negara yang sihat, makmur dan berpaksikan nilai.

•Lonjakan 3: Mewujudkan perniagaan mesra planet.

•Lonjakan 4: Komunikasi berkesan, dan pemikiran berteraskan sifat dan nilai.

•Lonjakan 5: Mewujudkan pembiayaan dan sumber yang lestari untuk inisiatif pembangunan kesihatan planet.

Berdasarkan lima peralihan sistemik ini, PTKPN telah menggariskan 53 strategi dan 275 pelan tindakan dalam bidang keberhasilan utama.

Sebagai alternatif kepada mengubah sistem sedia ada, PTKPN bertujuan untuk memanfaatkan sistem yang ada tetapi mengubah cara kita melakukan sesuatu melalui peralihan-peralihan ini.

Antaranya termasuklah mengarusperdanakan Kesihatan Bumi dalam dasar kerajaan melalui pengembangan skop struktur tadbir urus pusat SDG yang sedia ada.

Selain itu, ia meletakkan sokongan untuk perniagaan yang beralih kepada penggunaan teknologi dan model perniagaan mesra Kesihatan Bumi terutamanya perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri yang kurang perindustrian Malaysia.

Strategi ini juga merangkumi pembangunan strategi komunikasi kukuh yang dapat berhubung dengan pelbagai kumpulan masyarakat dan firma di seluruh negara mengenai hubungan antara Kesihatan Bumi dan kesihatan.

Strategi itu juga membangunkan Kumpulan Penasihat Pakar Kesihatan Bumi serta bagi mengubah sentimen dan tingkah laku perniagaan serta masyarakat terhadap tindakan mesra Kesihatan Planet, di mana terdapat keperluan untuk mengkaji semula sistem sokongan dalam ekosistem tersebut.

Pendidikan berkualiti adalah perubahan sistemik yang diterapkan oleh PTKPN

Pendidikan ini merangkumi semua peringkat, daripada sekolah hingga institusi pengajian tinggi dan latihan industri, memastikan kesedaran generasi terhadap isu alam sekitar.

PTKPN juga menekankan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara, termasuk pengurusan alam sekitar, tenaga bersih, dan keselamatan makanan.

Dengan pendekatan menyeluruh, PTKPN memupuk komuniti berpengetahuan, inovatif, dan mendorong perubahan tingkah laku positif melalui pendidikan dan penyelidikan.

PTKPN memerlukan usaha bersama daripada semua peringkat pemegang taruh, termasuk kerajaan persekutuan dan negeri, sektor swasta, media, belia, kumpulan agama, institusi pengajian tinggi dan sekolah.

PTKPN boleh mencapai aspirasi ‘Bumi Dipelihara, Rakyat Sihat, Malaysia Sejahtera’ dengan penerimaan tanggungjawab yang diberikan kepada setiap daripada kita serta peranan yang dimainkan dalam masyarakat.