Koronavirus: Hubungi bank jika ada masalah

Iklan
Individu atau perniagaan yang telah terjejas oleh penularan koronavirus novel 2019 dinasihatkan untuk menghubungi bank masing-masing untuk membincangkan implikasi kewangan akibat jangkitan tersebut.

KUALA LUMPUR- Individu atau perniagaan yang telah terjejas oleh penularan koronavirus novel 2019 dinasihatkan untuk menghubungi bank masing-masing untuk membincangkan implikasi kewangan akibat jangkitan tersebut.

Persatuan Institusi Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, disebabkan oleh keadaan sekarang, setiap kes akan dilayan mengikut kes.

Iklan
Iklan

"Kami menggesa pelanggan perbankan untuk berhubung dengan bank masing-masing untuk mendapatkan nasihat mengenai isu perbankan mereka berikutan penularan tersebut," katanya.

Ketika berita ini ditulis, koronavirus telah menyebabkan 563 kematian di China dan sebanyak 28,018 orang dijangkiti dengan kes melibatkan usia paling muda ialah seorang bayi dijangkiti selepas 30 jam dilahirkan. - Bernama

Iklan
Iklan