Tular video puji pendakwah berlebihan, Jakim digesa ambil tindakan

Iklan
Tangkap layar video viral seakan ‘memuji’ dengan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab kepada seorang pendakwah di Facebook. Gambar kecil: Mohd Na’im

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan pujian tertentu dalam bahasa Arab.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya telah meminta Jakim untuk menyediakan laporan serta membawa perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Iklan
Iklan

"Sebarang isu berkaitan ketaasuban melampau perlu ditangani dengan segera.

"Sekiranya tidak dibendung ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, tular video yang dipercayai bercanggah dengan akidah itu berdurasi selama 1.02 minit dan dikongsi di Facebook serta mendapat banyak reaksi daripada masyarakat.

Dalam video berkenaan kelihatan beberapa individu dalam video tersebut seakan ‘memuji’ dengan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab kepada seorang pendakwah yang turut serta dalam majlis berkenaan.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diminta melipatgandakan usaha dalam memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).