[VIDEO] 20 warga asing didakwa jadi 'calling centre', tawar pekerjaan tidak wujud

Iklan

JOHOR BAHRU - Kesemua 20 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Khamis atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti 'calling centre' bagi tawaran kerja yang tidak wujud.

Mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka dituduh terlibat dalam aktiviti calling centre di sebuah premis kediaman di kawasan Horizon Hills, Iskandar Puteri.

Oleh itu, kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan iaitu Pakat Jahat Jenayah.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sebahagian 20 warga asing yang dituduh pada Khamis.

Timbalan Pendakwaraya, R Nevina kemudiannya memohon hukuman setimpal terhadap kesemua tertuduh sebagai pengajaran.

Iklan

Bagaimanapun, peguam, Ahmad Yusri Ahmad Fuad dan Goh Sze Han memohon agar kesemua tertuduh menerima hukuman paling minimum dengan alasan kesemua tertuduh baru sahaja tiba ke negara ini dan tidak mempunyai alasan untuk melarikan diri.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kesemua tertuduh didenda RM8,000 setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan.

Selain itu kesemua tertuduh juga melaporkan diri setiap sebulan sekali di Balai Polis Bukit Indah.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 18 November 2024, sebagai tarikh serahan dokumen sebutan semula kes.