Polis Johor lupus dadah bernilai RM68.88 juta

Iklan
Kumar menunjukkan sebahagian dadah yang dilupuskan.

JOHOR BAHRU - Polis Johor melupuskan sejumlah 989.21 kilogram (kg) dan 7,479.9 liter dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM68.88 juta pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, jumlah itu lebih 12 kali ganda berbanding nilai RM5.43 juta yang dilupuskan tahun 2023 lalu.

Iklan
Iklan

"Polis turut bertindak melupuskan pelbagai jenis peralatan memproses dadah yang dirampas ketika serbuan berkenaan dilakukan.

"Kesemua dadah terbabit adalah berkait dengan 6,630 kes yang sudah berjaya diselesaikan dari tahun 2000 hingga 2023," katanya.

Iklan

Kumar berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Khamis.

Tambah Kumar, kesemua dadah yang dihapuskan, secara keseluruhannya melibatkan sebanyak 3,214 kes yang telah diselesaikan, setakat ini.

Iklan

Malah katanya, kesemua kes yang membabitkan dadah itu sudah berjaya diselesaikan iaitu dituduh, disabitkan hukuman dan seterusnya melalui proses rayuan.

"Daripada sudut perundangan, barang-barang yang akan dilupuskan hari ini telah selesai sepenuhnya dari sudut perundangan dan proses mahkamah.

"Oleh itu, kesemua proses pelupusan membabitkan kos RM75,000 akan akan dibuat di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan diiringi dan dikawal ketat pihak polis sehingga selesai proses pelupusan yang dijangka dilaksanakan hari ini.

"Pada hari ini (Khamis), polis akan menghapuskan pelbagai jenis dadah seperti heroin, kanabis, ketamin, methamphetamin, MDMA, daun ketum dan pelbagai jenis dadah lain semuanya berjumlah 989.21 kg dan cecair dadah 7,479.9 liter yang mengandungi bahan-bahan dadah berbahaya,” katanya.