Lelaki Bangladesh maut, tiga rakan senegara ditahan

Iklan
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut dipercayai dibunuh rakan senegara di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, Teluk Intan pada Khamis. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Azizi)

IPOH - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut dipercayai dibunuh rakan senegara dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Taman Lagenda Fasa 3, Teluk Intan pada Khamis.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pekerja kontrak ditemukan terlentang dalam semak di belakang rumah kongsi terbabit sebelum polis menerima laporan sekitar jam 5 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dada dengan kesan kecederaan di leher dipercayai akibat penggunaan senjata yang tidak dikenal pasti.

"Mangsa dipercayai tiada di rumah kongsi yang dihuni bersama tiga rakannya sekitar jam 8.30 malam semalam.

Iklan

"Berdasarkan keterangan, selepas makan malam mangsa disedari hilang apabila rakannya mahu mengajak mangsa untuk sembahyang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

Menurut beliau, tiga lelaki berusia 32 hingga 39 tahun yang juga warga Bangladesh yang mendiami rumah kongsi terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Setakat ini kita merampas tiga telefon bimbit milik suspek dan mengesan senjata yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat," katanya.

Azizi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.