Air pasang besar dijangka landa pantai di Selangor

Iklan
Penduduk di kawasan pesisir pantai di Selangor diminta peka dan berwaspada dengan fenomena air pasang besar dijangka bermula 17 Oktober hingga 20 Oktober ini. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Izham)

SHAH ALAM - Penduduk di kawasan pesisir pantai di Selangor diminta peka dan berwaspada untuk berdepan fenomena air pasang besar dijangka bermula 17 Oktober hingga 20 Oktober ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, bacaan paras air laut dijangkakan meningkat sehingga mencecah ketinggian 5.8 meter pada 18 Oktober.

Iklan
Iklan

"Pada 17 Oktober dijangka paras air adalah 5.7 meter manakala 18 Oktober pula adalah 5.8 meter sementara 19 dan 20 Oktober masing-masing 5.7 dan 5.5 meter.

"Keadaan ketinggian air bagi empat hari ini memang serius, ini bagi Oktober," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Exco Infrastruktur dan Pertanian di sini pada Khamis.

Iklan

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri mengambil langkah sementara dengan menyediakan beg-beg pasir khususnya di kawasan pembinaan ban pantai di Selangor.

"Ia adalah langkah sementara dengan melihat cadangan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menangani fenomena air pasang besar untuk empat hari ini.

Iklan

"Kita juga akan teliti kaedah lain untuk diambil di kawasan-kawasan berkenaan yang sedang dalam pembinaan ini," ujarnya.