Persiapan MTL: Sistem pintasan kecemasan menerusi telefon pintar diteliti

Iklan
Fahmi (tiga dari kanan) bergambar kenangan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan Oktober di Kementerian Komunikasi hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sistem amaran banjir terutamanya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) akan ditambah baik dengan sistem pintasan kecemasan bagi memberi amaran menerusi pesanan tetingkap timbul (pop-up alert) yang dihantar ke telefon pintar, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, beberapa negara telah melaksanakan sistem pemakluman bencana menerusi sistem pintasan kecemasan ke telefon pintar dan tidak lagi bergantung pada sistem pesanan ringkas (SMS) atau siren semata-mata.

Iklan
Iklan

"Saya akan bincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) apa yang boleh dilakukan dengan syarikat telekomunikasi untuk membantu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Ini untuk memaklumkan rakyat terutama di sesuatu kawasan, selain daripada amaran siren banjir, mungkin melalui telefon mereka juga boleh mendapatkan maklumat terkini. Kita akan teliti kemudahan itu," katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini

Iklan

Turut hadir, Timbalan Menteri Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengarah Urusan MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

AKAN MENYUSUL

Iklan