KUALA LUMPUR - Keunggulan ajaran al-Quran perlu kekal sebagai pemberi petunjuk dan panduan kepada pemimpin untuk mencipta rangka kerja yang komprehensif dalam tadbir urus, tingkah laku peribadi, dan keharmonian sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, al-Quran, sebagai panduan ilahi yang diturunkan kepada umat manusia, tidak hanya menawarkan pencerahan rohani, tetapi juga menyediakan prinsip-prinsip abadi yang menjangkaui sempadan waktu dan budaya, yang membimbing ke arah tingkah laku etika, keadilan, kasih sayang, dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang kehidupan.
Fadillah (tengah) bersama para tetamu yang hadir pada Majlis Penutup Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 Tahun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Bernama