[VIDEO] 16 termasuk CEO GISBH ditahan semula bawah SOSMA

Iklan

KUALA LUMPUR - Seramai 16 ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang direman sebelum ini ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penahanan semula itu turut dilakukan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, selain Nasiruddin, mereka yang lain ditahan di bawah SOSMA adalah pimpinan tertinggi rangkaian GISBH.

"Penahanan ke atas semua suspek dibuat selepas tempoh reman berakhir pada hari ini.

Iklan

"Setakat ini jumlah keseluruhan yang sudah ditahan di bawah SOSMA selama tempoh 28 hari adalah seramai 58 individu," katanya dalam sidang media khas Operasi Global di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.

Mohd Shuhaily (tengah) memberi perkembangan terkini berhubung isu GISBH di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, PDRM telah menahan seramai 415 individu sejak Op Global dilancarkan.

Iklan

Selain itu kata beliau, sebanyak 35 individu masih dalam tahanan reman, manakala sejumlah 273 individu telah dijamin dan sebanyak 37 individu telah dibebaskan tanpa syarat.

Tambahnya lagi, dua individu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang individu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran.

Menurut beliau, sepanjang operasi dilaksanakan, PDRM telah membuka sejumlah 97 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk satu kertas siasatan jenayah terancang di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan satu (1)

Sementara itu kata beliau, sejumlah empat kertas siasatan berhubung kesalahan GISBH telah diberikan arahan tuduh oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, proses pertuduhan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Kertas pertuduhan itu adalah membabitkan dua kertas siasatan di bawah Seksyen 12, Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007.

"Selain itu dua lagi yang mendapat arahan tuduh adalah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 5 (1) Akta Pusat Jagaan 1993," ujarnya.