Bersih, kemas dan selesa!

Iklan
Bersih, kemas dan selesa!

Lestari Niaga Pusat Penjaja Setiawangsa kini tampil dengan wajah baharu yang lebih ceria dan mesra pengunjung. Di bawah usaha penaiktarafan, DBKL telah menambah baik pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung, termasuk mural-mural indah yang menceriakan suasana, sinki yang lebih efisien, tandas yang bersih, serta surau yang kini lebih kemas dan selesa. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan pengalaman setiap pengunjung yang datang dapat menjamu selera dengan kebersihan terjamin.

Kredit muzik: Neon beach bottleneck daripada Soundstripe.