Nestlé Malaysia lancar minuman coklat perisa KitKat pertama di dunia

Iklan
Minuman coklat KitKat kini boleh diperolehi di semua kedai runcit dan platform dalam talian.

NESTLE Malaysia melancarkan minuman coklat berperisa KitKat yang pertama seumpamanya bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, produk yang dihasilkan dengan semangat buatan tempatan itu merupakan inovasi terkini dan telah memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Iklan
Iklan

"Kami memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia dan minuman ini dihasilkan menggunakan 100 peratus koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan.

"Dengan peningkatan trend penjagaan diri dan permintaan terhadap snek berkualiti tinggi pada harga mampu milik, KitKat menjadi pilihan yang sempurna," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau menjelaskan, minuman coklat KitKat merupakan gabungan unik koko dan perisa 'wafer', menghasilkan rasa coklat lembut dan berkrim.

Menurutnya, ia memberi pengalaman kebaikan coklat dengan aroma yang memikat.

Iklan

"Setiap hirupan membangkitkan rasa KitKat yang lazat dan enak dengan pembungkusan dalam bentuk pek tunggal supaya mudah dibawa ke mana sahaja.

"Minuman ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100 peratus koko yang diperoleh secara lestari," ujarnya.

Bagi meraikan pelancaran minuman terbaharu itu, KitKat Malaysia akan menganjurkan pameran promosi di Orange Concourse, pusat beli belah Sunway Pyramid bermula 9 Oktober hingga 13 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung serta berpeluang memenangi hadiah disediakan.

Minuman coklat KitKat kini boleh didapati di semua kedai runcit utama termasuk platform dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.