SHAH ALAM - Pemaju hartanah, MGB Berhad (MGB) mengumumkan anak syarikatnya, Prisma Kasturi Sdn Bhd, telah memeterai dua perjanjian kerjasama dengan Talam Transform Berhad dan Kandis Permai Sdn Bhd untuk membangunkan tanah seluas 16.5 ekar dan 9.5 ekar masing-masing di Taman Bukit Serdang, Selangor.
Projek pertama seluas 16.5 ekar untuk projek pembangunan bercampur, merangkumi lot kedai komersial serta rumah mampu milik di bawah skim Rumah Selangorku.
Projek kedua seluas 9.5 ekar merupakan Tanah Rizab Melayu dan akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman untuk pemilik rumah Bumiputera. Gabungan keluasan kedua-dua tanah tersebut adalah 26 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM861.35 juta.
Tanah yang terletak di lokasi strategik dengan akses kepada pelbagai kemudahan dan fasiliti, seperti sekolah dan universiti, pusat membeli-belah, kompleks sukan, hospital serta pengangkutan awam melalui stesen KTM Komuter Serdang dan MRT Serdang Raya Utara.
Selain itu, kawasan ini juga dihubungkan dengan beberapa lebuhraya utama seperti Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya KESAS, Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Sungai Besi, serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadikannya lokasi yang ideal untuk pemilik rumah.