Jabatan Peguam Negara beri arahan tuduh untuk empat kertas siasatan GISBH

Iklan
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Empat kertas siasatan berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diberikan arahan tuduh oleh Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, proses pertuduhan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kertas pertuduhan itu adalah membabitkan dua kertas siasatan di bawah Seksyen 12, Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007.

"Selain itu dua lagi yang mendapat arahan tuduh adalah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 5 (1) Akta Pusat Jagaan 1993," katanya selepas sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, pada Khamis.

Iklan

Mohd Shuhaily berkata, sepanjang operasi itu dilaksanakan, polis telah membuka sejumlah 97 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk satu kertas siasatan jenayah terancang di bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan.

"Satu kertas siasatan pula dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Iklan

"Daripada jumlah tersebut, 12 kertas siasatan melibatkan sembilan individu telah dituduh dengan 34 pertuduhan," katanya.