Rumah tangga bermasalah? Kamal Adli tenang

Iklan
Kamal Adli tidak melatah dan mengambil sikap bertenang dalam berdepan desas-desus keretakan rumah tangganya bersama Uqasha Senrose

AKTOR Kamal Adli tidak melatah dan mengambil sikap bertenang dalam berdepan desas-desus keretakan rumah tangganya bersama Uqasha Senrose.

Jelas Kamal, 38, dia sudah mendengar khabar angin itu tetapi hanya mampu ketawa kerana lebih mengetahui keadaan sebenar berkaitan perihal rumah tangganya.

Iklan
Iklan

"Saya pun tak tahu isu apa yang dibangkitkan, kenapa perlu keluar tentang isu tersebut (kisah rumah tangga).

"Saya okay sahaja. Saya cuba untuk menjadi orang yang lebih terbuka,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah di TGV One Utama, Bandar Utama Damansara pada Khamis.

Tambah Kamal, dalam mana-mana perkahwinan sekali pun, pasti ada momen ‘tergigit lidah’, namun perkara itu dapat diatasi sebaiknya.

Iklan

Justeru, dia tidak ambil kisah sekiranya ada pihak ‘berminat’ untuk menjaja kisah rumah tangga mereka pada umum, biarpun ada kalanya tergores perasaan.

"Dalam mana-mana perkahwinan biasalah kalau ada pergeseran tetapi kalau bergaduh, saya faham perempuan kadang-kadang emosi, lebih-lebih lagi melibatkan anak.

"Saya tahu banyak perkara yang dia (Uqasha) fikir, jadi saya yang perlu untuk tenangkan dia. Saya tidak marah kerana saya tidak boleh mengawal apa yang orang nak cakap.

"Kalau netizen nak mengata, kadang-kadang mereka tidak tahu hal sebenar. Cuma kami pun ada perasaan juga, nampak okay tapi bila baca-baca komen netizen hati kami tetap terguris. Berjaga-jagalah dalam percakapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kes membabitkan isterinya dengan bekas pembantu peribadi, Kamal berkata, hal tersebut masih dalam siasatan polis.

Namun sebagai individu yang paling dekat dengan Uqasha, dia kesal apabila melihat permaisuri hatinya itu pantas menjadi mangsa kecaman netizen yang tidak mengetahui perihal sebenar.

"Apa yang boleh saya cakap semua dakwaan ini adalah fitnah. Orang sudah beri keistimewaan masuk dalam rumah jadi sebahagian keluarga, kemudian dia (pembantu peribadi) 'tikam' kami begini.

"Kami juga sejak awal datang berjumpa untuk berbincang elok-elok, tetapi pihak dia yang mula bercerita.

"Kasihan dekat Uqasha, dia selalu jadi 'mangsa' dari zaman tuduhan membuli. Sudah tentu dia sangat terkesan sampai tahap saya perlu menyakinkan dia untuk tidak melayan,” ujarnya.

Terdahulu, pada Ogos lalu, seorang wanita yang merupakan pembantu peribadi Uqasha mendakwa dipukul oleh aktres berkenaan kerana mendedahkan masalah rumah tangganya kepada ibu aktres itu.

Bagaimanapun selepas beberapa hari mendiamkan diri, Uqasha mendedahkan sikap bekas pembantu peribadinya itu yang gemar menjaja cerita mengenainya pada orang luar.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan yang diberikan kelebihan untuk masuk ke rumah, bertindak sewenangnya memasuki bilik tidur dan memakai pakaian aktres itu tanpa kebenaran.