Pelajar sekolah maut digilis lori

Iklan
Seorang pelajar sekolah maut dalam kemalangan di Kampung Gertak Serong, Tendong dekat sini pada Khamis. - Foto: Ihsan pembaca Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikal yang ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu digilis kenderaan itu dalam kejadian di Kampung Gertak Serong, Tendong di Pasir Mas pada Khamis.

PASIR MAS - Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikal yang ditunggan dipercayai gagal memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan lalu digilis kenderaan itu dalam kejadian di Kampung Gertak Serong, Tendong dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Solahuddin Semadi, 15, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada jam 9.30 pagi dari Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis

Pasir Mas.

Iklan

"Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah Pasir Mas menghala ke Kota Bharu," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sejurus tiba di lokasi, mangsa yang berada di belakang lori terbabit cuba memotong dari arah kiri jalan.

Iklan

Bagaimanapun katanya, remaja berkenaan gagal berbuat demikian apabila dia telah terbabas dan terjatuh seterusnya digilis lori.

Ujarnya, lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 44 tahun datang dari arah yang sama, tidak mengetahui kehadiran remaja berkenaan dan telah menggilis mangsa.

Kama Azural memberitahu, akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Mas di talian 09-7900280," katanya.