Pegawai kanan polis, wanita ditahan dipercayai bersekedudukan

Iklan
Azri

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menahan pegawai kanan polis yang dipercayai bersekedudukan dengan seorang wanita dekat sebuah rumah di Cheras pada Rabu.

Pegawai berkenaan difahamkan ditahan menerusi serbuan dijalankan Cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira jam 1.40 pagi.

Iklan
Iklan

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah di kediaman terbabit.

"Tangkapan dijalankan selepas JIPS menerima maklumat terdapat aktiviti bersekedudukan berlaku melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan masih dijalankan," katanya pada Khamis.

Iklan
Iklan