Nahas pelajar UiTM: Keluarga cadang ambil tindakan undang-undang

Iklan
Jamaludin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menguruskan jenazah anaknya sehingga selesai.

AMPANG - Keluarga kepada salah seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di hadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di Kampung Sura Hujung di sini, pada Rabu malam bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan.

Perkara itu ditegaskan Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Allahyarham Khairil Anwar, 20, ketika ditanya mengenai langkah seterusnya yang akan diambil sewaktu ditemui rakan dan saudara terdekat di Tanah Perkuburan Ukay Perdana di sini, pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku selepas selesai semua urusan berkaitan," katanya selepas jenazah anaknya selamat dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan sekitar jam 4.45 petang ini.

Terdahulu, jenazah Khairil Anwar disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan di Ampang.

Iklan

Turut terkorban dalam kemalangan, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20.

Selain itu, rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, pula mengalami kecederaan parah.

Iklan

Dalam pada itu, Jamaludin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan jenazah anak bongsu daripada lima beradik itu sehingga selesai.