[VIDEO] Nahas pelajar UiTM: Jenazah Allahyarham Ku Adib selamat dikebumikan

Iklan

SUNGAI BULOH - Jenazah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, yang maut dalam kemalangan di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu selamat dikebumikan petang Khamis.

Jenazah Ku Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rauthatul 'Aliyah, Saujana Utama di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan
Ku Azmi (kiri) dan Hafizah (duduk, kanan) ketika membaca talkin semasa pengebumian Allahyarham Ku Adib di Tanah Perkuburan Islam Rauthatul 'Aliyah, Saujana Utama di sini pada Khamis.

Suasana hiba di tanah perkuburan sejurus jenazah Allahyarham tiba untuk dikebumikan.

Kira-kira ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir pada pengebumian Allahyarham Ku Adib.

Iklan

Terdahulu, jenazah Ku Adib dibawa dari Pusat Hidayah, UiTM Dungun untuk disembahyangkan sekali lagi di Masjid An Nur, Saujana Utama selepas solat Asar.

Jenayah kemudiannya dibawa ke rumah keluarganya di Seri Pristana, Saujana Utama bagi menunggu ketibaan kedua ibu bapa Ku Adib, Hafizah Iszahanid dan suaminya, Ku Azmi Saad, yang dalam perjalanan pulang dari Jeddah.

Iklan

Kedua-dua ibu bapa Allahyarham tiba kira-kira jam 5.40 petang di rumah mereka bagi memberi penghormatan terakhir buat anak sulung daripada empat beradik itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang cedera parah akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita malam Rabu.

Sewaktu kejadian, Ku Adib, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Mohd Akmal Tukirin, 25, dan Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, sedang menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.

Difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus sebaik makam malam bersama, bagaimanapun sebaik tiba di pintu hadapan kampus, dua motosikal dinaiki kesemua mangsa tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan Honda CRV terbabit.

Rempuhan itu menyebabkan empat penuntut tersebut tercampak, manakala kenderaan berkenaan pula terbabas memasuki parit di tepi jalan.