YBR, Yayasan Tuanku Syed Putra pertingkat tahap pendidikan pelajar Perlis

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar bersama peserta Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Mengikut Kecerdasan Pelbagai yang diadakan di Stesen KTM Arau.

ARAU – Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Mengikut Kecerdasan Pelbagai dilancarkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar di negeri ini.

Program tersebut yang menjadi salah satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) disertai seramai 358 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta 92 guru dan fasilitator.

Iklan
Iklan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program seperti itu perlu kerap dianjurkan supaya pelajar dapat mencapai kecemerlangan luar dan dalam kelas bagi memastikan matlamat kecemerlangan pelajar berjaya diraih.

"Program seumpama ini dapat membantu pelajar untuk tidak terjebak dengan permasalahan sosial. Sesungguhnya murid-murid pada hari ini merupakan pewaris yang bakal mendukung impian dan harapan negeri serta negara satu hari nanti,” titah baginda.

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin Putra mencemar duli menyempurnakan pelancaran Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Mengikut Kecerdasan Pelbagai yang diadakan di Stesen KTM Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Pengerusi YTSP Perlis mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran program tersebut yang diadakan di Stesen Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Arau, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin dan Pengurus Jabatan Program YBR, Muhammad Khalil Kader Mydin.

Iklan

Perlaksanaan program terbabit juga untuk mengurangkan jurang perbezaan pencapaian sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar serta faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi murid seperti latar belakang sosioekonomi, kualiti pengajaran dan kemudahan sekolah.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, YBR amat menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat bagi memastikan murid-murid tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

"Diharapkan inisiatif ini dapat memberi impak positif melalui kaedah pembelajaran di luar bilik darjah dalam memberi peluang memupuk kemahiran sosial dan interaksi serta pengalaman di persekitaran yang baharu.

Kata beliau, Program Intervensi Berfokus Jurang Pencapaian Murid Mengikut Kecerdasan Pelbagai itu turut menyasarkan kumpulan calon SPM 2024 di Perlis atau yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti termasuk bahan pembelajaran, kelas tambahan dan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran.