Siasatan terhadap GISBH telus, tidak keterlaluan - JSJ

Iklan
PDRM menjalankan siasatan terhadap GISBH dengan telus dan tidak keterlaluan. Gambar kecil: Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan telus dan tidak keterlaluan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa siasatan kes itu terlalu keras seharusnya tidak berbangkit.

Iklan
Iklan

"Ia kerana tindakan polis terhadap GISBH dan Al-Arqam adalah berbeza mengikut peruntukan undang-undang semasa.

"Pada 1994 kita punyai undang-undang pencegahan di mana kita tidak perlu pergi kepada sistem kehakiman. Kini, tangkapan kita semua dibawa ke sistem perundangan terbuka, yang mana kita harus cari bukti, dan prosedur itu telus," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, pihak polis menguatkuasakan undang-undang dengan peruntukan yang sedia ada.

"Dalam konteks ini, apa yang kita lihat bahawa elemen-elemen penganiayaan dan pengabaian wujud untuk dibawa atau digunakan dalam memajukan perniagaan mereka ini,” katanya

Iklan

Tegas beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga ada memaklumkan bahawa operasi perniagaan GISBH cuba dimudah cara dengan kefahaman Aurad Muhammadiah, yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat sebelum ini.

"Proses perundangan kita ini semakin matang dan harapan saya ialah untuk masyarakat di luar sana memahami proses perundangan.

"Pihak polis siasat, dan tanggungjawab kami sepenuhnya untuk cari segala bahan bukti untuk dibawa ke pihak pendakwa raya, yang akan mengkaji dan mengesyorkan tindakan apa seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir berpandangan tindakan pihak polis adalah ‘keras’ dan pihak kerajaan seolah-olah seperti ingin menghapuskan terus organisasi tersebut berbanding dengan kaedah membetulkan kesalahan mereka.