[VIDEO] Kebakaran empat gudang berjaya dikawal - Bomba

Iklan

ISKANDAR PUTERI - Kebakaran di Kawasan Perindustrian SILC di sini melibatkan empat gudang dan api dapat dikawal sepenuhnya sekitar 1.34 tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Muhammad Al-Mustakin Abdul Hady berkata, kebakaran itu setakat ini menyebabkan tiga gudang musnah 80 peratus dan sebuah lagi musnah 10 peratus.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati kebakaran bukan berpunca daripada sebuah gudang penyimpanan kimia yang mempunyai thinner.

"Keempat-empat gudang ini merupakan gudang penyimpanan yang dimiliki oleh tiga syarikat berlainan dan kita dapati kebakaran bukan bermula dari gudang yang mempunyai thinner itu.

Iklan

"Bagaimanapun, kita akan serahkan kepada pihak forensik untuk menjalankan siasatan penuh," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Keadaan kilang yang terbakar. (Gambar kecil: Muhammad Al-Mustakin)

Beliau berkata, pihaknya sedang memantau di lokasi kejadian bagi memastikan tiada sebarang risiko yang boleh mencetuskan semula kebakaran.

Iklan

Terdapat sembilan pekerja di lokasi kejadian ketika kebakaran berlaku termasuk tiga warga asing yang cedera.

"Difahamkan ada berlaku letupan ketika kejadian dan mungkin tiga mangsa ini tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga mangsa yang cedera berusia 30 hingga 40 tahun masih menerima rawatan di Zon Merah wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA).