Polis cari penyebar berita palsu kapal Wuhan

Iklan
video tular sebuah kapal membawa krew kapal dari Wuhan yang berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi pada Isnin lalu.

MELAKA TENGAH - Polis sedang mengesan individu yang menyebarkan berita palsu yang mendakwa terdapat sebuah kapal dari Wuhan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi, Alor Gajah baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, berita tidak sahih itu ditularkan di media sosial menerusi akaun Facebook menggunakan nama Shahnol Sundara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) hari ini selepas menyedari maklumat itu boleh mencetuskan suasana panik dan kebimbangan orang ramai.

"Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Durian Tunggal lebih kurang jam 11 pagi tadi berhubung penyebaran berita palsu itu.

Iklan

"Polis sedang mengesan individu yang menyebarkan maklumat tidak tepat itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Yhazid berkata, kertas siasatan berhubung penularan kenyataan tidak bertanggungjawab itu telah dibuka.

Iklan

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi kapal Wuhan berlabuh di Melaka

Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan Jabatan Kesihatan Melaka menafikan terdapat video tular sebuah kapal membawa krew kapal dari Wuhan yang berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi pada Isnin lalu.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan kapal yang berlabuh bersama anak kapal bukanlah dari Wuhan, China.