Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III

Iklan
Sultan Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III di Istana Negara. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III di Istana Negara.

Hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan bahawa panggilan itu tertumpu kepada perbincangan mengenai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-17 yang dijadual berlangsung di Apia, Samoa, dari 21 hingga 26 Oktober ini.

Iklan
Iklan

Raja Charles turut menyampaikan ucapan salam mesra buat seluruh rakyat Malaysia menerusi panggilan itu.

The Commonwealth menerusi laman web https://thecommonwealth.org memaklumkan bahawa tema CHOGM kali ini ‘One Resilient Common Future: Transforming our Common Wealth’ yang membincangkan bagaimana 56 negara anggota perkumpulan itu perlu memanfaatkan kekuatan mereka dengan membina daya tahan, membina potensi, memanfaatkan 'Kelebihan Komanwel' dan memupuk Komanwel yang digital dan saling berhubung. - Bernama

Iklan

Iklan