ATM tahan PATI cuba seberang Sungai Golok

Iklan
ATM menahan dua PATI yang cuba memasuki negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok di Tanah Merah pada Rabu.

TANAH MERAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok di sini pada Rabu.

Kedua-dua PATI itu ditahan pada jam 7.50 malam semasa anggota ATM melakukan rondaan rutin di Sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Iklan
Iklan

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki warga Myanmar itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah telah memasuki Malaysia dengan menyeberangi Sungai Golok dari sebelah Thailand.

"Kedua-dua mereka yang ditangkap itu berusia 25 dan 40 tahun," kata kenyataan itu pada Khamis.

Iklan

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut menemui sekeping kad UNHCR yang telah tamat tempoh pada bulan Oktober lalu.

Tambah kenyataan itu, turut ditemui pakaian, telefon bimbit dan beberapa keping wang tunai berjumlah RM945.30.

Iklan

Jelas kenyataan itu, PATI tersebut telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan beroperasi akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara," kata kenyataan itu.