TikTok berhentikan ratusan pekerja di Malaysia

Iklan
TikTok berhentikan ratusan pekerja di Malaysia. Foto hiasan

SHAH ALAM - Pemilik TikTok, ByteDance mengambil keputusan untuk memberhentikan lebih 500 pekerja di negara ini.

Memetik laporan portal The Malaysian Reserve (TMR), keputusan itu dimaklumkan menerusi emel yang dihantar kepada kakitangan terlibat.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ia berikutan majoriti kakitangan mengusahakan kandungan video di platform yang tidak hanya terhad di Asia Tenggara, tetapi di rantau lain juga.

"TikTok menggunakan gabungan sistem automatik dan manusia sebagai moderator untuk mengendalikan kandungan di platform terbabit.

Iklan

"Proses ini direka khas untuk menapis kandungan tidak sesuai, berbahaya atau melanggar polisi berkaitan kecerdasan buatan (AI) TikTok melalui pembelajaran yang dikawal selia manusia.

"Maklum balas manusia digunapakai untuk meningkatkan ketepatan dan keupayaan kandungan AI," katanya pada Khamis.

Iklan

Jun lalu, Bloomberg melaporkan ByteDance memecat 450 pekerja di Indonesia dan membeli platform e-dagang Tokopedia, malah turut menggabungkannya dengan operasi Tiktok.

Terdahulu, CNN sempat memberitahu bahawa syarikat gergasi dari China itu pernah merancang untuk memberhentikan pekerja di seluruh dunia melibatkan staf bahagian pemasaran, khidmat sokongan, komunikasi, pencipta kandungan dan lain-lain.

Tambahnya, bahagian operasi pengguna global TikTok juga bakal dirombak, manakala kakitangan selebihnya dibahagikan kepada unit amanah, keselamatan, pemasaran, kandungan dan produksi.

Setakat ini, tiada sebarang respons atau kenyataan lanjut dikeluarkan oleh ByteDance berhubung perkara berkenaan.