LEBIH 900 atlet dari 18 negara bakal menyertai Kejohanan Olahraga Master Terbuka Malaysia Antarabangsa Ke-36 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 12 dan 13 Oktober ini.
Presiden Persatuan Olahraga Masters Malaysia (MMAA), S Sivapragasam berkata, acara itu akan menampilkan dua bekas atlet Sukan Olimpik dan beberapa bekas atlet Sukan Asia serta Sukan SEA.