Dipersilakan pindah ke negeri lain jika tidak puas hati pertukaran cuti Sabtu, Ahad - TMJ

Iklan
Kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince Of Johor pada malam Khamis.

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah pihak yang tidak berpuas hati berhubung pertukaran semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari tahun depan demi agenda peribadi, melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik dipersilakan berpindah ke negeri-negeri yang masih bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menerusi muat naik di laman Facebook HRH Crown Prince Of Johor, baginda bertitah, keputusan menukar cuti kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan merupakan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Iklan
Iklan

Selain itu, titah baginda, ia juga memberi kesan ekonomi yang positif seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri ini.

"Ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu. Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.

Iklan

"Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya," titah baginda.

Baginda bertitah, pandangan pelbagai pihak diambil kira sebelum membuat keputusan pertukaran cuti berkenaan.

Iklan

"Dengan izin dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.

"Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda.

Isnin lalu, cuti hujung minggu di Johor dilaporkan akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Tunku Mahkota Ismail, dalam kenyataan di Facebook dilaporkan bertitah, baginda sudah menitahkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar.