Penggemar setia Karangkraf menang televisyen, satu gram emas 999

Iklan
Masria teruja membawa pulang satu gram emas 999. Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM - Tuah memihak kepada dua penggemar setia produk Karangkraf apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah Jualan Gudang Karangkraf 2024 dan membawa pulang televisyen beserta satu gram emas 999.

Pemenang hadiah utama, Malini Md Kamal, 38, berkata, beliau tidak menyangka dengan hanya membeli buku latihan yang bernilai RM2 hingga RM5 untuk anak-anak membuatkan namanya terpilih sebagai pemilik televisyen LED bersaiz 40 inci.

Iklan
Iklan

Menurut pembantu pengurusan sumber manusia itu, hadiah diterimanya amat berbaloi meskipun sekadar berbelanja kira-kira RM200 untuk membeli produk keluaran Karangkraf.

Malini (kiri) menerima hadiah berupa televisyen LED 40 inci daripada Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

"Saya dapat tahu terpilih sebagai pemenang utama melalui panggilan telefon, ketika itu tak tahu nak respons macam mana, tetapi dalam masa sama tak percaya.

Iklan

"Harga buku memang tak masuk akal. Mana tidaknya, satu buku RM2 dan tiga buku RM5 siapa yang tak nak beli.

"Selalunya saya akan bawa anak dan anak buah kalau Karangkraf adakan jualan gudang. Kawan-kawan pun tak percaya saya menang hadiah utama," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis penyampaian cabutan bertuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang bermula 27 September hingga 6 Oktober itu mendapat sambutan hangat daripada 10,000 pengunjung sepanjang 10 hari acara tersebut berlangsung.

Sementara itu, Pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Profesor Madya Dr Masria Mustafa memaklumkan, hadiah berupa kepingan emas 999 adalah kemenangan yang tidak disangka-sangka memandangkan dirinya gemar mengumpul koleksi emas.

Ahli akademik bidang kejuruteraan awam terbabit menambah, beliau pada mulanya enggan terlalu berharap, sebaliknya sekadar ingin mencuba nasib selepas berbelanja lebih RM100 semasa Jualan Gudang Karangkraf 2024.

"Sejujurnya tak sangka dan sekadar cuba nasib sebab syarat penyertaan cabutan bertuah mesti beli mana-mana produk Karangkraf minimum RM100.

"Ketika itu, saya beli buku latihan untuk anak buah kerana mereka sukakan buku, manakala buat diri sendiri pula buku mengenai hadis serta amalan solat sunat.

"Saya selalu datang membeli buku di sini, apabila diberitahu menang cabutan bertuah saya fikir kena tipu rupanya betul-betul menang. Terima kasih Karangkraf," ujarnya lagi.