Adik berhenti kerja nekad jaga kakak, tapi hanya sempat sehari

Iklan
Keluarga Muhammad Rusyaidi.

SHAH ALAM - Akibat sudah tiada ibu bapa di sisi, seorang lelaki di Kulim, Kedah sanggup berhenti kerja untuk menjaga kakaknya yang diserang jangkitan kuman pada paru-paru.

Muhammad Rusyaidi Muhammad Ronzi, 25, berkata, kakaknya, Nur Amirah yang berusia 30 tahun itu diserang jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan bisul di bahagian belakang pinggang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun kakaknya telah meninggal dunia pada 2 Oktober 2024 selepas sehari dia melepaskan pekerjaan sebagai pegawai pemasaran dan teknologi maklumat di Pulau Pinang.

Muhammad Rusyaidi bersama Allahyarham kakaknya.

Iklan

"Saya merasa sangat sedih dengan kehilangan ini, tetapi dalam masa yang sama sedikit lega kerana ALLAH menguji arwah kakak saya dengan sakit hanya lima bulan.

"Saya berhenti kerja untuk menjaganya namun hanya dapat berkhidmat selama satu hari sahaja. ALLAH lebih menyayangi kakak saya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, dia yang sebelum ini hanya tinggal tiga beradik setelah kematian bapa ketika di Tahun Dua dan ibu pada usianya 17 tahun.

Kakak Muhammad Rusyaidi meninggal dunia pada 2 Oktober 2024 selepas sehari dia berhenti kerja untuk menjaganya.

Ujarnya, sekarang dia terpaksa mengharungi kehidupan bersama satu-satunya ahli keluarga yang ada iaitu adik perempuannya yang sedang menyambung pelajaran di matrikulasi.

"Memandangkan saya belum dapat kerja, saya ambil peluang mencipta kandungan video berkaitan kecergasan di media sosial bagi membantu orang lain mencintai bersenam untuk kesihatan," katanya.