80 cawangan KFC perluaskan penyertaan dalam Projek Harvest

Iklan
Dari kiri Anis; Ketua KFC Malaysia, Cambodia dan Brunei, Loi Liang Tok; Daniel, Justin, Ketua Tadbir Urus & Pematuhan QSR Brands, David Chiam dan Ketua Operasi KFC Malaysia, K Sentilkumaran bersama jurulatih wilayah dan kawasan dari cawangan yang terlibat.

SEBANYAK 80 cawangan KFC Malaysia memperluaskan penyertaan dalam Projek Harvest yang bertujuan untuk mengubah lebihan makanan menjadi sumber paling penting bagi komuniti kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, program tersebut merekodkan jumlah sumbangan sebanyak 6,547 kilogram (kg) makanan melalui sistem Harvest e-log sehingga 31 Disember tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada September 2024, program itu dilancarkan semula dengan 54 cawangan dipilih untuk fasa pertama peluasan yang merangkumi cawangan di luar Lembah Klang seperti KFC Nilai Square, KFC Aeon Tebrau City, dan KFC Mid Valley Southkey.

Ketua KFC Malaysia, Kemboja & Brunei, Loi Liang Tok (tengah) menandatangani perjanjian perkongsian Projek Harvest bersama Daniel dan Justin.

"Cawangan-cawangan ini bekerjasama dengan dua rakan kongsi iaitu Kenchara Soup Kitchen (KSK) dan The Lost Food Project (TLFP) untuk memastikan sumbangan makanan dilakukan secara selamat dan tepat pada masanya.

Iklan

"Pengumpulan selama sebulan sahaja telah membolehkan KFC Malaysia mengalihkan hampir 600 kg lebihan makanan yang tidak terjual, memberi manfaat kepada lebih daripada 18 rumah amal, bersamaan dengan 1,700 hidangan KFC Snack Plate,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nehchal, inisiatif yang dimulakan sejak 1992 itu disertai oleh dua rakan kongsi iaitu KSK dan TLFP yang mencerminkan komitmen mendalam terhadap tanggungjawab sosial dan pengurusan alam sekitar.

Iklan

Katanya lagi, ia bertujuan untuk meningkatkan tiga kali ganda jumlah lebihan makanan yang dikumpulkan menjelang akhir tahun ini bersamaan dengan 5,100 hidangan Snack Plate.

"Kami tetap teguh dengan komitmen mencapai sasaran ini dan memperkembangkan impak dengan sokongan daripada pasukan berdedikasi di cawangan KFC terpilih.

"Kami juga terbuka untuk bekerjasama dengan lebih banyak organisasi untuk memperluaskan jangkauan kami, memastikan lebihan makanan sampai kepada mereka yang memerlukannya dan memberi mereka bahan binaan yang penting,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Komunikasi QSR Brands, Anis Yusof berkata, selain daripada mengurangkan pembaziran, dedikasi pihaknya turut tertumpu kepada memperkukuh daya tahan komuniti dan memberi kembali kepada masyarakat

Ujarnya, KFC Malaysia memastikan lebihan makanan diagihkan dengan cekap, mempertingkatkan keselamatan makanan dan membina ekosistem makanan yang kukuh serta lestari.

"Kedua-dua KSK dan TLFP telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai pembaziran makanan dan menyokong komuniti yang terdedah.

"Pengalaman luas mereka, termasuk perkongsian dengan jenama besar lain di seluruh Malaysia, memperkukuhkan kredibiliti dan keberkesanan usaha mereka,” katanya.

Selain itu, Pengarah Pemasaran Komuniti KSK, Justin Cheah berkata, makanan yang dikeluarkan KFC sentiasa diterima baik terutama oleh kanak-kanak yang mendapatkan bantuan.

"Perluasan oleh KFC ini adalah bukti bahawa jenama ini benar-benar komited terhadap tujuan ini dan mencerminkan bahawa mereka mengambil berat tentang komuniti tempat mereka beroperasi,” ujarnya.

Pengurus Besar TLFP, Daniel Devadason memaklumkan bahawa lebihan makanan daripada cawang-cawangan telibat berpotensi memberikan impak besar terhadap komuniti yang memerlukan.

"KFC adalah salah satu rakan kongsi setia kami dalam tujuan bersama ini. Kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka dalam inisiatif penting ini dan bersama-sama, kami dapat memberi impak yang lebih besar,” tambahnya.