Takaful Malaysia lancar Kaotim Car dan Kaotim Motor

Iklan
Nor Azman (kanan) dan Mohamed Sabri menunjukkan pelan perlindungan Kaotim Car dan Kaotim Motor yang boleh dimohon melalui dalam talian.

TAKAFUL Malaysia melalui jenama dan platform digitalnya, Kaotim telah melancarkan Kaotim Car dan Kaotim Motor yang menawarkan pelan perlindungan dalam talian terbaharu dan komprehensif untuk kenderaan persendirian serta motosikal pada harga yang berpatutan untuk pemilik kenderaan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pelancaran produk baharu itu membolehkan pemilik kenderaan dapat mengakses pelan perlindungan secara pantas mengikut keperluan sekali gus memilih faedah tambahan yang sesuai dengan bajet mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelancaran pelan perlindungan itu adalah sebahagian daripada langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang insurans dan takaful motor yang telah menunjukkan pertumbuhan positif.

"Strategi ini selaras dengan permintaan dan peningkatan jualan kenderaan dalam pasaran.

Iklan

"Kami berhasrat untuk memperluaskan langkah dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Kedua-dua produk baharu ini menyediakan perlindungan komprehensif mampu milik dan mudah diakses yang membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga dan perlindungan sesuai,” katanya.

Nor Azman (dua dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di Batu Feringghi pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di Batu Feringghi di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein; Pengerusi Takaful Malaysia Am (Bahagian Takaful Am Takaful Malaysia), Ismail Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli.

Mengulas lanjut, Nor Azman berkata, Kaotim Car merupakan perlindungan komprehensif bagi kenderaan persendirian terhadap pelbagai risiko termasuk kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, liabiliti kepada pihak ketiga atau kerosakan harta benda.

Selain itu, jelasnya, pelan terbabit menawarkan bantuan bahu jalan 24 jam serta perkhidmatan tunda tanpa had akibat kerosakan secara percuma.

"Kaotim Car turut menyediakan perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu dan penumpang.

"Terdapat 11 faedah tambahan yang fleksibel termasuk Motor PA Plus yang menawarkan perlindungan tambahan terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya, sekali gus pelanggan dapat membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” ujar Nor Azman.

Bantuan 24 jam

Sementara itu, Kaotim Motor pula, Nor Azman berkata, pihaknya menawarkan perlindungan motosikal komprehensif terhadap kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian, kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda.

Tambahnya, perkhidmatan bantuan bahu jalan 24 jam dengan perkhidmatan tunda akibat kerosakan sekali secara percuma turut disediakan.

"Pelanggan boleh menambah baik perlindungan mereka dengan memilih mana-mana daripada empat faedah tambahan, termasuk Bike PA Plus iaitu perlindungan kemalangan peribadi terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya,” ujarnya.

Nor Azman berkata, dengan Kaotim Car, pelanggan dapat menikmati pelan ansuran untuk bayaran sumbangan tanpa faedah, diskaun serta-merta sebanyak 10 peratus serta perlindungan kemalangan peribadi percuma sebanyak RM15,000 untuk setiap individu yang dilindungi.

"Kaotim Motor menawarkan diskaun serta-merta 10 peratus perkhidmatan tunda akibat kerosakan sekali secara percuma dan perlindungan untuk semua penunggang yang dibenarkan,” kata Nor Azman.