Shahril Hamdan pilih PKR atau Muda

Iklan
Shahril (kiri) sewaktu menjadi tetamu audio siar Lebih Masa yang dihoskan Nik Nazmi dan Nani.

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menjadi pilihan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan untuk disertai jika diberi pilihan buat masa ini.

Menjawab soalan ‘Rapid Fire’ dalam rancangan audio siar Lebih Masa, Shahril yang kini digantung keahlian selama enam tahun oleh UMNO, turut menamakan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein sebagai idolanya.

Iklan
Iklan

Program tersebut yang dikendalikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nani Roslan turut bertanyakan beberapa soalan ‘panas’ lain termasuk memilih kerjaya sebagai ahli politik atau pengacara audio siar.

Shahril yang kini popular dengan program audio siar Keluar Sekejap dan dihoskan bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kemudiannya tanpa ragu-ragu memilih sebagai pengacara.

Iklan

Ditanya pasangan pengacara bagi menggantikan Khairy dalam Keluar Sekejap jika perlu membuat pilihan, Shahril memilih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Iklan