Tolonglah, jangan curi masa depan generasi muda - Kor Ming

Iklan
Nga Kor Ming

SHAH ALAM - Penerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa supaya menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab dengan membayar kembali hutang demi kelangsungan generasi akan datang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia merupakan prinsip asas yang boleh difahami pihak terlibat dalam membuat pinjaman berkenaan.

Iklan
Iklan

"Negara memerlukan rakyat yang bertanggungjawab. Jika pinjam, kena bayar balik. Ini prinsip asas semua orang boleh faham.

"Jangan jadi 436,000 orang yang pinjam PTPTN tapi enggan bayar sehingga hutang tunggakan PTPTN sudah lebih RM6 bilion. Tolonglah, jangan curi masa depan generasi muda," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.

Iklan

Kor Ming yang juga Ketua Whip Parlimen DAP melalui perkongsian sama turut memuat naik videonya bersama seorang pemuda yang mengupas isu mengenai PTPTN

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini dilapor berkata, PTPTN akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam yang tidak pernah membayar hutang membabitkan jumlah sebanyak RM6 bilion.

Iklan

Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN kini berada di tahap membimbangkan.

Ujarnya, sebahagian daripada peminjam itu didapati sudah bergraduasi sejak berpuluh tahun lalu dengan ada yang gagal membuat pembayaran walau satu sen pun.