10 kontena Malaysia berjaya masuk ke Gaza

Iklan
Bantuan daripada rakyat Malaysia berjaya memasuki Gaza, Jumaat lalu. Gambar kecil: Dr Sani Araby

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 kontena Malaysia yang membawa makanan dan barang keperluan berjaya memasuki Gaza dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Dir El Balah serta Khan Younis.

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, 10 kontena fasa pertama daripada 100 lagi kontena berjaya melepasi Rafah, Mesir dan Kareem Shalom secara berperingkat sejak September sehingga Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Kita menerima laporan kontena rakyat Malaysia berjaya masuk. Terima kasih kepada kerajaan dan seluruh rakyat serta kerajaan Mesir.

Sebanyak 10 kontena Malaysia yang membawa makanan dan barang keperluan berjaya memasuki Gaza.

Beliau yang juga Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berkata, pihaknya berusaha untuk membawa masuk 90 lagi kontena melalui Jordan.

Iklan

"Rundingan dan perbincangan telah diadakan sejak dua bulan lalu bagi membolehkan bantuan dapat memasuki menerusi sebelah utara Gaza.

"Saya menjangkakan kita akan menerima berita baik, mungkin dalam tempoh sebulan akan datang,” jelas Sani.

Iklan
Guni tepung yang tertera bendera Malaysia.

Pada Mac lalu, Malaysia menghantar 100 kontena merangkumi 1,358 tan pelbagai barangan untuk disumbangkan menerusi misi bantuan berkenaan.

Misi bantuan itu diketuai oleh Mapim telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.