Jelajah Peduli Ummah: 3,000 sukarelawan, 20 aset digerakkan

Iklan
Mohd Na’im

PUTRAJAYA - Seramai 3,000 sukarelawan dan 20 aset digerakkan menerusi Jelajah Peduli Ummah ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum dan agama terutamanya mereka ditimpa musibah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, jelajah yang memasuki kali ke-7 penganjurannya merupakan inisiatif gabungan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWN) dan Zus Coffee bermula bulan ini sehingga Februari 2025.

Iklan
Iklan

"Jelajah ini bermula di Kuala Lumpur dan Putrajaya kemudiannya ke Kedah bagi membantu masyarakat di sana yang kini berdepan dengan situasi banjir," katanya menerusi sidang akhbar majlis pelancaran Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan al-Falah di sini pada Jumaat.

Ujar beliau, sebanyak 100,000 bungkusan barangan keperluan turut diagihkan dalam misi tersebut.

Iklan

"Jelajah ini memberi tumpuan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, B40, pelajar, anak yatim, orang tua, orang Asli serta mangsa banjir dengan sasaran bantuan kepada 100,000 orang," jelas Mohd Na'im.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menjelaskan pihaknya mengutamakan usaha menyantuni rakyat Malaysia dan pada masa sama tidak melupakan bantuan sokongan ke Gaza, Lubnan dan Syira.

Iklan

"Usaha dalam negara adalah keutamaan namun bantuan kepada saudara kita di Gaza dan negara lain yang memerlukan tetap diteruskan," katanya.

Menurut beliau, jelajah itu dianjurkan selari dengan Bulan Siaga Bencana sebagai persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir kilat, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

"MAPIM menggerakkan 20 aset bantuan kecemasan yang terdiri daripada kenderaan pacuan empat roda, peralatan logistik seperti bot, klinik dan dapur bergerak, alatan membersih rumah serta sukarelawan terlatih.

"Selain itu MAPIM menyediakan kotak bantuan yang merangkumi bekalan makanan, pakaian, ubat-ubatan serta keperluan asas yang akan diberikan kepada mangsa bencana.

"Kami menyasarkan 100,000 orang menerima manfaat tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.