Kerajaan cari jalan selesaikan masalah tebatan banjir di Kelantan - TPM

Iklan
Fadillah (kanan) semasa hadir pada Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Cadangan Hospital Bachok di Bachok pada Jumaat.

BACHOK- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah berkaitan projek tebatan banjir di negeri ini yang masih dalam fasa pembinaan.

"Kelantan sering berdepan masalah banjir semasa musim tengkujuh.

Iklan
Iklan

"Salah satu fokus kerajaan di Kelantan adalah projek tebatan banjir yang ketika ini mempunyai masalah," katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Cadangan Hospital Bachok di sini pada Jumaat.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Iklan

Menurut beliau, kerajaan ketika ini mahu menyelesaikan masalah melibatkan kontraktor dalam projek tersebut.

Katanya, beliau akan turun sekali lagi ke Kelantan selepas ini untuk mencari jalan penyelesaian agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut perancangan.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, satu lagi projek dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Fasa 2b akan bermula bulan depan.

Menurutnya, beliau berharap projek tersebut dapat disiapkan dengan segera.