Harimau Malaya ikat Auckland FC

Iklan
Nooa Laine meledak jaringan penyamaan buat Harimau Malaya ketika berdepan Auckland FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand pada Jumaat. Foto FAM

SKUAD bola sepak negara meraih keputusan seri 1-1 menentang kelab New Zealand, Auckland FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 tertutup yang berlangsung di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand pada Jumaat.

The Black Knights kendalian Steve Corica terlebih dulu memimpin perlawanan menerusi jaringan pemain pertahanan berusia 29 tahun kelahiran Christchurch, Francis de Vries pada minit ke-25.

Iklan
Iklan

Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Black Knights. Foto FAM

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila tonggak Selangor FC, Nooa Laine memadamkan kelebihan Auckland yang beraksi dalam saingan Liga Australia (Liga-A) dengan gol minit ke-59 bagi mengikat permainan.

Iklan

Sebagai rekod, Harimau Malaya kendalian Pau Marti bertandang ke New Zealand untuk aksi persahabatan Tier 1 menentang pasukan dari Oceania berkenaan di Stadium North Harbour, pada 14 Oktober ini.

Safawi Rasid (kanan) bersaing dengan pemain Auckland dalam perlawanan persahabatan tertutup berkenaan. Foto FAM

Iklan