Polis kesan pemandu langgar mati lelaki di kawasan parkir

Iklan
Polis mengesan pemandu kenderaan yang dipercayai melanggar seorang lelaki hingga maut di kawasan parkir di hadapan pasar awam Bukit Gambir. Foto hiasan (Gambar kecil: Roslan)

TANGKAK - Polis mengesan pemandu kenderaan yang dipercayai telah melanggar seorang lelaki hingga maut di kawasan parkir di hadapan pasar awam Bukit Gambir di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika lelaki berusia 55 tahun merayau-rayau seorang diri di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dia dilanggar oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dan akibat kemalangan tersebut, lelaki berkenaan cedera di bahagian kepala dan kaki.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Muar bagi mendapatkan rawatan, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.10 petang ketika sedang mendapatkan rawatan,” katanya.

Iklan
Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.