Kate Middleton, Putera William kembali jalani tugas rasmi bersama

Iklan
Kate (kiri) bersama William bertemu anggota keselamatan dan waris keluarga tragedi itu. Foto Agensi

LONDON – Puteri Wales, Kate Middleton bersama suaminya, Putera William membuat penampilan bersama di khalayak umum buat pertama kali sejak beliau selesai menjalani rawatan kemoterapi pada bulan lalu.

Istana Kensington memaklumkan pasangan diraja berusia 42 tahun itu mengadakan kunjungan ke Southport di barat laut England pada Khamis untuk memberi sokongan kepada komuniti berkenaan susulan insiden serangan bersenjatakan pisau yang membunuh tiga kanak-kanak pada Julai lalu.

Iklan
Iklan

Kate turut bertemu dengan pasukan anggota keselamatan yang terlibat dan beberapa waris keluarga mangsa.

Sifat keibuan Kate terserlah apabila beliau memeluk beberapa individu yang tidak dapat menahan kesedihan kerana dihantui kejadian tersebut.

Iklan

"Anda semua adalah wira. Sila pastikan anda jaga diri sendiri dan ambil masa sebelum kembali semula bertugas,” katanya.

Pada 9 September lalu, Kate mengumumkan beliau kini bebas kanser setelah bergelut melawan penyakit itu selama beberapa bulan.

Iklan

"Saya melalui tempoh masa yang panjang untuk sembuh sepenuhnya,” ujarnya menerusi mesej video pada masa itu. - Agensi