Perak, JDT berentap di Manjung 10 November ini

Iklan
Penyokong-penyokong Perak yang hadir untuk menyaksikan aksi Liga Super menentang JDT di Stadium Perak pada 5 Oktober lalu, sebelum komisioner perlawanan mengumumkan penangguhan perlawanan atas faktor keadaan padang. Foto Bernama

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tarikh perlawanan Liga Super, Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditunda sebelum ini akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada jam 5 petang, 10 November.

Sebagai rekod, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lalu ditangguhkan komisioner perlawanan berikutan keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai digunakan akibat hujan lebat sebelum sepak mula jam 8.15 malam.

Iklan
Iklan

"Penetapan tarikh baharu perlawanan itu juga menyebabkan tarikh pusingan 16 Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 8 dan 10 November dan 22 dan 24 November ditukar ke tarikh lain.

"Jadual Pusingan 16 Piala Malaysia ini diubah kerana perlu menunggu aksi tertunda antara Perak FC menentang JDT ini yang akan berlangsung pada 10 November bagi melengkapkan kedudukan Liga Super bagi menjalankan undian Piala Malaysia,” kata pengendali liga tersebut pada Jumaat.

Iklan

Jelas MFL lagi, tarikh baharu bagi perlawanan pertama Pusingan 16 Piala Malaysia akan bermula pada 20 November dan 24 November manakala perlawanan kedua Pusingan 16 pula berlangsung 29 November dan 1 Disember.

"Dengan tarikh baharu itu turut menyaksikan perlawanan Liga Super minggu ke-16 pada 29 November akan dipinda ke Disember yang mana baki perlawanan Liga Super akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” ujar MFL

Iklan

LIGA SUPER

KEMASKINI JADUAL PERLAWANAN

Kuching City FC lawan Negeri Sembilan FC

Tarikh asal: 18 Oktober, Jumaat

Tarikh baharu: 20 Oktober, Ahad

Waktu sepak mula asal: 8.15 malam

Waktu sepak mula baharu: 7.30 malam

* Pindaan ini dibuat kerana ketidaksediaan venue.

Kelantan Darul Naim FC lwn Kuala Lumpur City FC

Waktu sepak mula asal: 5.15 petang

Waktu sepak mula baharu: 9 malam

Venue asal: Stadium Sultan Muhammad IV

Venue baharu: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

* Pindaan ini kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV masih terlibat dengan proses kerja naik taraf padang. Kelantan Darul Naim FC akan kekal menjadi pasukan tuan rumah bagi perlawanan ini.

PDRM FC lwn Selangor FC

Waktu sepak mula asal: 5.30 petang

Waktu sepak mula baharu: 9 malam

Perak FC lwn Sabah FC

Waktu sepak mula asal: 5.30 petang

Waktu sepak mula baharu: 5 petang

*Kemaskini adalah disebabkan lampu limpah Stadium Majlis Perbandaran Manjung di bawah tahap pencahayaan yang ditetapkan.