Zuraida bercuti kerana tidak mahu pengaruhi keputusan

Iklan
Zuraida (tiga dari kanan) menyampaikan APC KPKT kepada salah seorang penerima di salah sebuah hotel di sini malam ini.

PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin memberitahu keputusannya mengambil cuti daripada semua jawatannya dalam parti kerana tidak mahu mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam biro politik.

Jelas Zuraida, selaku anggota dalam biro politik adalah wajar baginya menarik diri seketika dalam badan itu bagi membolehkan keputusan dibuat secara profesional.

Iklan
Iklan

"Memandangkan prosedur untuk membuat keputusan selalunya Lembaga Disiplin akan dibentangkan biro politik. Oleh kerana saya orang yang berkenaan (anggota biro politik) adalah lebih profesional kalau saya menarik diri dan berehat untuk mereka membuat keputusan.

"Saya tidak mahu mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam biro politik," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2019 di salah sebuah hotel di sini malam ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusannya mengambil cuti daripada semua jawatannya dalam parti sehingga Lembaga Disiplin parti itu selesai menjalankan siasatan berhubung satu ucapannya yang mengkritik pimpinan secara terbuka.

Semalam, Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad dilaporkan telah menghantar surat cuti Zuraida telah dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, beliau juga tidak dimakumkan bila keputusan terhadapnya akan dibuat.

"Sama ada dipanggil atau tidak dipanggil untuk beri penjelasan, saya serahkan kepada mereka (Lembaga Displin)," katanya.