Remaja 15 tahun lemas, tersepit celah batu ketika mandi air terjun

Iklan
Operasi membawa naik mangsa sedang giat dijalankan pasukan bomba.

HULU LANGAT - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan lemas ketika bermandi-manda kawasan air terjun Kampung Sungai Semungkis di sini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, laporan berhubung kejadian diterima jam 4.56 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa beralamat di Pandan Perdana, Kuala Lumpur itu pergi ke lokasi tersebut bersama 11 orang rakan-rakannya.

"Mangsa dilaporkan lemas dan tersepit di bahagian batu.

Iklan

Operasi membawa naik mangsa sedang giat dijalankan pasukan bomba.

"Kerja-kerja membawa mangsa naik ke atas masih sedang dilakukan anggota bomba bertugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, pasukan polis dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada di lokasi kejadian.

Ujarnya, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia dan disahkan oleh pihak KKM.